Spiritual Keluarga – Siri Pengenalan

Sebagai Christian, ada 8 perkara yang kita perlu tahu dan perlu bagi tahu sesama kita termasuk anak-anak kita.

  1. Alkitab (The Bible)
  2. Tuhan (God)
  3. Syaitan (Satan)
  4. Kedaulatan Tuhan (God’s Sovereignty)
  5. Takdir Tuhan (Divine Providence)
  6. Dosa (Sin)
  7. Korban Tebusan (The Atonement)
  8. Iman (Faith)

Subjek-subjek di atas memerlukan kita belajar mengenainya dan mempraktikkan apa yang betul dari kita lahir sampailah kita mati. Subjek-subjek di atas juga adalah subjek yang tidak akan di ajar di sekolah dan tiada guru yang akan check sama ada kita dapat A atau F dalam subjek-subjek di atas. Kita cuma akan kena nilai apabila kita suda mati atau bila Tuhan Yesus datang nanti.

Untuk artikel ini, sia mo cakap pasal point ke-6 (Dosa) sebab sia selalu blur-blur apa benda tu sebenarnya. Macam macam lagi soalan buduh dari kepala ni keluar mengganggu konsentrasi sia time di church. Sempat juga lah tingu-tingu sumandak sana hujung, tapi dia macam tida tingu saya jadi sia pun ignore saja, balik kepada pembacaan.

Dosa

Mari kita tingu Mark 7:20-23 yang berbunyi:

And he said, “What comes out of a person is what defiles him. For from within, out of the heart of man, come evil thoughts, sexual immorality, theft, murder, adultery, coveting, wickedness, deceit, sensuality, envy, slander, pride, foolishness. All these evil things come from within, and they defile a person.”

Translate:

KataNya lagi “Apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskannya, sebab dari dalam, dari hati orang, timbul segala pikiran jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinahan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan. Semua hal-hal jahat ini timbul dari dalam dan menajiskan orang.”

Kita semua orang berdosa. Kita lahir saja, kita suda berdosa. Bermulanya degupan jantung, kita suda berdosa. Apa lagi kalau suda besar panjang. Makin tua, makin buduh sebenarnya kita ni kalau kita masih degil. Cuba baca sekali lagi ayat di atas dan kasi tau sia kalau kamurang tidak pernah rasai satu pun apa yang dia cakap? Siapa di sini tiada hawa nafsu (nafsu sex)? Siapa di sini tiada iri hati? Siapa disini tida pernah mencuri? Sia sendiri pun tingu sumandak yang seksi inda kira di mana pun. Kita semua orang berdosa. Yang ada degree ka, yang ada phD ka, yang kaya raya ka, sama saja. Malah ko dengan saya tiada beza dengan pelacur atau ahli politik yang korup di luar sana.

Tugas seorang Christian yang pertama sekali ialah mengaku bahawa dia orang berdosa dan akan sentiasa melakukan dosa sehingga dia mati. Sudah kana tanam di hati kita bahawa kita memang benih dosa. Kita jentera dosa. Produk dosa. Pemangkin dosa. Kita inda pernah missed pigi church pun, kita tetap urang yang berdosa. Bila kita hakimi orang lain yang melakukan dosa pun, pada masa yang sama, kita melakukan dosa. Hipokrit. Kalau ada satu kumpulan yang terdiri dari 10 orang berdosa dan ko adalah dalam golongan ini, dan pada satu hari, ada kawan ko buat dosa lagi, lepas tu ko kondem orang tu, ko hakimi orang tu sebab dia buat dosa, bukankah itu hipokrit namanya?

Dan tahukah anda, orang berdosa tidak akan masuk kerajaan Allah tetapi masuk ke penghakiman api neraka? Jadi kalau ikut logik, semua kita yang berdosa masuk neraka la kan? Habis macam mana la? Sepa sini mo masuk api neraka angkat tangan? Sia gerenti teda satu pun mo masuk neraka. Try tanya orang yang sudah nazak atau suda mo mati sama ada dia mo masuk neraka atau tidak? Of course la dia inda mo masuk neraka. Tapi dia orang berdosa. Orang berdosa inda dapat masuk kerajaan Allah. Game over ka? Checkmate ka?

Releks ko buss. Itu memang one million dollar question untuk semua kita yang berdosa ni. Soalan cepu emas. Belum checkmate lagi. Belum game over lagi. Masih ada level lagi untuk ruangan jawapan. Dan jawapannya suda ada lebih kurang 2000 tahun yang lalu.

Oleh sebab artikel ini ialah siri pengenalan, maka saya akan jawap soalan cepu emas tu di ruangan akan datang. Sementara itu sia mo bawa kamurang kepada perkara paling senang yang sentiasa membuat kita berdosa iaitu marah/kemarahan.

Dalam sehari, berapa kali ko rasa marah? Tahukah ko yang marah adalah emosi yang paling famous dalam banyak-banyak emosi yang ada dalam hati berdosa ko tu? Maksudnya, emosi marah adalah emosi negatif yang pertama akan keluar dari banyak-banyak emosi negatif di hati berdosa ko tu. Emosi marah senang kita rasai, tapi susah kita kasi reda apa lagi untuk bertungkus lumus tida mo marah. Terlalu banyak perkara di sekeliling yang akan sentiasa buat kita marah. Marah membuatkan kita membuat keputusan yang tidak baik dan melakukan perkara bodoh. Jadi soalan bonus saya ialah, ada berapa banyak lagi emosi yang seangkatan dengan marah?

Dari petikan alkitab di atas, dia suda seneraikan beberapa seperti, cemburu, iri hati, nafsu sex, sombong, etc. Sila list banyak-banyak. Lagi banyak, lagi bagus.

Kenapa ini penting? Sebab kita adalah musuh kita sendiri. Semua yang jahat adalah dari hati kita sendiri. Bukan datang dari langit atau dari tanah atau dari internet. Dan kita mesti tahu benar-benar isi hati kita termasuk yang jahat. Barulah kita kenal siapa kita. Barulah kita kenal yang kita sebenarnya tida la holly sangat sungguhpun kita inda pernah miss pigi sambayang. Time kamu drive, berapa kali cakap “Fuck!” kalau ada orang tiada etika potong jalan, etc. Berapa kali komplen gaji inda cukup dan salahkan boss atau company?. Emosi kita adalah bukti termudah untuk kita menghakimi sama ada kita memang orang berdosa atau tidak. Dengan senarai tu, ko buli semak diri ko dan juga orang sekaliling seperti mana saya praktikkan selalu. Ini penting sebab kita mo sentiasa tahu/sedar apa yang sedang kita rasai (emosi). Bila ko rasa marah, ko akan belajar untuk mengurus marah (adalah mustahil kita akan dapat musnahkan perasaan marah) atau bila ko suda masuk level ppower rangers, ko buli suda mengurus banyak jenis emosi bukan setakat diri sendiri malah orang lain punya emosi (Fuiyoo!!!).

Tahukah anda terdapat 613 artikel undang-undang (laws) di Bible yang di turunkan oleh Tuhan untuk kita patuhi. Ko rasa ko dapat penuhkan ka semua tu? Mo urus perasaan marah pun mo separuh mati suda ooo. Gua cakap sama lu. Apa lagi mo ikut 10 hukum Allah. Tujuan utama Tuhan beri semua peraturan-peraturan ini sebenarnya untuk menyedarkan kita bahawa kita tidak akan dapat patuhi semua hukumNya dan kita akan berdosa. Keadaan kehidupan kita tidak akan bertambah baik jika kita ubah undang-undang ini malah apa lagi kalau kita tambah peraturan lagi. Berjuta-juta peraturan pun, kita tidak akan dapat patuhi sepenuhnya. Sebab itu, kita balik kepada Tuhan semula.

Analogi kasar:, kalau ko Kung Fu master dan ko ajar murid ko 613 jenis pertahanan diri, kalau dia dapat master kesemua 613 jenis skill kung fu ni, bukankah itu bermakna level murid ko tu suda setahap dengan guru? Murid ko suda buli jadi mentor atau sifu. Tapi hukum alam ialah, tida buli ada 2 sifu. Mesti ada 1 sifu saja.

Tuhan maha kuasa, maha adil dan maha bijak. Sebab itu ko inda akan dapat patuhi semua arahan Dia. Ko kena balik juga sama Dia. Terima sepenuhnya dalam hati dan iman yang ko akan sentiasa berbuat dosa kerana ko akan sentiasa langgar arahanNya dan kita semua sudah di takdirkan masuk api neraka.

Tapi belum game over, belum checkmate. Bersambung…

Posted in Spiritual Keluarga | Leave a comment